24.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 16, 2022

SOP perjalanan ulang-alik ke Singapura sedang diperinci

Khairy Jamaluddin menjangkakan perincian SOP berkenaan akan dimuktamadkan minggu hadapan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PROSEDUR operasi standard (SOP) khas perjalanan ulang-alik harian ke Singapura bagi rakyat Malaysia yang bekerja di negara itu sedang diperincikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Perkara itu dinyatakan Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menjangkakan perincian SOP berkenaan akan dimuktamadkan minggu hadapan.

Katanya, ini selepas penelitian beberapa aspek dibuat termasuk perbincangan dengan pihak berkuasa negara berkenaan.

“Untuk mereka yang berulang alik ini, jika kita syaratkan mereka kena buat ujian COVID-19 setiap kali (rentas sempadan), ianya tidak praktikal.

“Jadi kita sedang memuktamadkan formula, mungkin ujian itu dibuat sekali seminggu sahaja, dan mereka kena tunjuk bukti bahawa ujian yang dilakukan itu adalah dalam tempoh seminggu.

“Saya harap pada minggu hadapan, Insya-Allah SOP ini dapat kita muktamadkan,” katanya selepas menyantuni penduduk di Kampung Tengah bersama calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pemanis, Anuar Manap, lapor Astro AWANI.

Baca juga:   20,889 kes baharu COVID-19, virus menular dalam komuniti

Mengulas lanjut, Khairy berkata, perbincangan SOP ulang alik itu bukan sahaja bersama Singapura, malahan turut melibatkan negara-negara jiran lain seperti Thailand dan Brunei.

“(Perkara) ini masih dalam perbincangan saya dan rakan sejawatan saya di Singapura, Thailand dan juga Brunei.

“Sebab Sempadan darat ini melibatkan mereka yang berulang alik setiap hari untuk tujuan kerja yang mana mereka perlu satu SOP khas yang sedikit berbeza daripada pengembara biasa,” tambahnya.

Baca juga:   Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2022 dibuka mulai hari ini

Selasa lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pintu sempadan negara dibuka bermula 1 April ini.

Katanya, kementerian yang berkaitan akan mengeluarkan SOP pembukaan sempadan negara secara terperinci dalam masa terdekat.

Terkini

Projek MARA Digital diteruskan – PM

PROJEK MARA Digital akan diteruskan bagi membuka peluang kepada anak muda Bumiputera terlibat sebagai usahawan teknologi maklumat (IT). Perdana Menteri, Datuk...

Lagi Artikel Berkaitan