27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Semakan ke Tingkatan 1, 4 sekolah khusus pada 15 Mac – KPM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan tarikh semakan tawaran kemasukan Tingkatan Satu, Tingkatan Empat dan Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) ke sekolah-sekolah khusus bagi tahun 2022 adalah pada 15 Mac ini.

KPM dalam satu kenyataan berkata, calon-calon boleh membuat semakan semakan tawaran melalui laman web https://spskt1.moe.gov.my bagi kemasukan ke Tingkatan Satu dan https://spskt4.moe.gov.my bagi kemasukan ke Tingkatan Empat serta Tahun 1 SVM.

Kenyataan itu berkata, tawaran kemasukan sekolah khusus itu melibatkan Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia.

“KPM menetapkan bahawa tarikh pendaftaran murid baharu ke sekolah khusus iaitu pendaftaran secara dalam talian bagi murid baharu Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di SBP dan SMKA adalah pada 21 Mac hingga 25 Mac ini.

“Manakala, pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan Empat di SBP dan SMKA adalah pada 5 April ini,” kata kementerian hari ini.

Advertisements

Bagaimanapun, KPM berkata, pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan Satu di SBP dan SMKA akan dimaklumkan oleh KPM.

“Manakala pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan Empat dan Tahun 1 SVM di SMT dan KV adalah pada 7 April ini.

“Bagi pendaftaran bagi murid baharu Tingkatan Empat ke MTD akan dimaklumkan melalui laman sesawang http://www.rmc-education.edu.my/ .

KPM berkata, kementerian itu sentiasa komited untuk terus melaksanakan yang terbaik.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan