32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

TMJ ‘hadiahkan’ Zeon Zoysia untuk Stadium Nasional Bukit Jalil

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan dan bermurah hati mengeluarkan pembelanjaan bagi menaja kos penanaman rumput baharu di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu memberitahu, rumput jenis Zeon Zoysia itu sebagai hadiah kepada gelanggang rasmi pasukan kebangsaan, Harimau Malaya.

Perkembangan itu dimaklumkan TMJ dalam kenyataan menerusi Facebook rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers.

“Saya telah membuat keputusan untuk menaja kos penanaman rumput baharu sebagai hadiah kepada Stadium Nasional Bukit Jalil. Ianya adalah rumput jenis Zeon Zoysia, sama seperti di Stadium Sultan Ibrahim milik JDT.

Advertisements

“Saya telah mengarahkan pengurusan JDT untuk membantu Perbadanan Stadium Malaysia bagi memastikan Stadium Nasional tersebut mempunyai padang yang kualitinya layak untuk perlawanan bola sepak antarabangsa,” titah baginda.

Bagaimanapun, Tunku Ismail meminta pihak berkuasa stadium memastikan padang tersebud dijaga dengan rapi dan semua penggunaan bukan sukan hanya dilakukan jika langkah-langkah yang sesuai telah dilakukan bagi memastikan padang tersebut tidak rosak.

Stadium Nasional Bukit Jalil akan digunakan sebagai gelanggang rasmi bagi aksi kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun depan selepas Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memilih Malaysia sebagai salah satu daripada enam negara tuan rumah untuk kejohanan itu.

Selain daripada Malaysia, AFC turut menyenaraikan India, Kuwait, Kyrgyzstan, Mongolia dan Uzbekistan sebagai tuan rumah bagi kelayakan bagi menentukan pasukan yang akan mara ke pusingan akhir yang akan diadakan di China. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan