31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

RISDA peruntuk RM5.86 juta tingkat produktiviti getah di Johor

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PIHAK Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) memperuntukkan sebanyak RM5.86 juta bagi meningkatkan produktiviti getah di negeri Johor.

Timbalan Menteri I Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, peruntukan itu disalurkan menerusi Skim Insentif Produktiviti Getah (SIPG) di bawah Program Skim Getah Matang dan Program Pencegahan dan Kawalan Penyakit Luruhan Daun (LDP) Pestalotiopsis.

Menurut beliau, di bawah SPIG, sebanyak RM1.06 juta diperuntukkan bagi 931 orang pekebun kecil RISDA dalam daerah Segamat.

“Skim yang dilaksanakan ini bagi memastikan matlamat untuk meningkatkan produktiviti getah ke arah penghasilan 1,800 kilogram sehektar setahun dapat dicapai, seterusnya dapat memberi pulangan yang lebih baik kepada pekebun kecil RISDA.

“Dengan penghasilan getah pada kadar ini, ia akan memberikan pendapatan purata kepada daripada hasil kebun sekurang-kurangnya RM 1,500 sebulan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Anugerah Pekebun Kecil RISDA daerah Segamat hari ini.

Abdul Rahman Mohamad beramah-mesra dengan pekebun kecil RISDA di Segamat, Johor hari ini.

Abdul Rahman berkata, SIPG diwujudkan bagi mendukung hasrat kerajaan melalui RISDA bagi memastikan masyarakat pekebun kecil memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM 4,500 menjelang tahun 2025.

Mengenai Program Pencegahan Dan Kawalan Penyakit Luruhan Daun
(LDP) Pestalotiopsis pula jelas Abdul Rahman, RISDA telah memperuntukkan sebanyak RM 1.29 juta kepada pekebun kecil di negeri ini.

“Daripada jumlah itu, daerah Segamat mendapat peruntukan tertinggi iaitu sebanyak RM 590,000 bagi membantu masyarakat pekebun kecil yang terjejas,” katanya.

Beliau turut mengesyorkan kepada pekebun kecil RISDA yang
memerlukan bantuan yang disediakan supaya hadir di mana-mana
Pejabat RISDA berhampiran untuk mendapatkan khidmat nasihat.- Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan