28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 27, 2022

Sembilan individu termasuk Datuk di tahan SPRM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan sembilan individu termasuk seorang yang bergelar Datuk bagi membantu siasatan berhubung nilai projek berjumlah RM85 juta membabitkan sebuah institut berkaitan automotif di negara ini.

Kesemua mereka termasuk seorang wanita dipercayai ditahan petang semalam di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Menurut sumber, mereka ditahan iaitu empat pemilik syarikat dan masing-masing seorang penasihat perubatan, akauntan, pengarah syarikat, ketua eksekutif dan ketua pegawai operasi.

Kata sumber, dua suspek lelaki yang direman selama enam hari itu dipercayai meminta dan menerima suapan lebih RM14.9 juta daripada tiga lagi suspek sebagai balasan bagi membantu syarikat milik mereka mendapat geran menerusi tiga syarikat lain antara tahun 2018 hingga 2020.

“Perintah reman antara tiga hingga enam hari bermula semalam dikeluarkan oleh Majistret Tuan Shah Wira Abdul Halim terhadap kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 34 hingga 58 tahun di Mahkamah Majistret, Putrajaya semalam,” kata sumber lapor Utusan.

Baca juga:   Rompakan RM 700,000: Dua lagi pegawai SPRM ditahan

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Tan Kang Sai mengesahkan tangkapan dan reman tersebut.

Beliau berkata, kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Terkini

Isytihar BN musuh utama serlah ketidaksepakatan PN?

RAMAI yang agak terkejut dengan tindakan Muhyiddin Yassin mengumumkan secara terbuka bahawa Barisan Nasional (BN) sebagai musuh utama Perikatan...

Lagi Artikel Berkaitan