32.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Mayat pelatih AMD ditemui 9 kilometer dari lokasi lemas

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAYAT pelatih Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), Muhammad Saiful Ezzudin Mustafa ditemukan 5.46 petang tadi selepas lebih 20 jam dilaporkan hilang sejak pukul 1 petang semalam.

Mangsa, ditemukan dalam penyedut pasir di Sungai Limau, kira-kira 9 kilometer dari lokasi mangsa mandi bersama empat rakan yang lain berdekatan Kampung PadangTemu, Batu 48, Bongor, Baling, Kedah.

Menurut Ketua Zon 3 Kulim Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Penguasa Kanan Bomba II Rahimi Ali, penemuan mangsa dilaporkan penjaga pam di Sungai Limau pada pukul 5.46 petang.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya hari ini.

Advertisements

Muhammad Saiful Ezzudin pulang bercuti di kampung sejak 19 Mac lalu dan dijadualkan kembali melapor diri di akademi tersebut pada Ahad ini.

Terdahulu, Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) dalam satu hantaran di Facebook berkongsikan insiden berkenaan.

Menurut hantaran berkenaan, mangsa yang merupakan pelatih AMD Bawah 14 tahun telah hilang ketika mandi di sungai berhampiran rumahnya di Baling, Kedah.

“Ketika ini beliau dan semua pelatih bawah 14 dan 15 tahun AMD sedang bercuti semester dan berada di kampung halaman masing-masing bermula 19 hingga 27 Mac 2022.-EDISI9

Advertisements

Terkini

TLDM tubuh lembaga siasatan tragedi nahas dua helikopter

TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian maut melibatkan dua buah helikopter...

Lagi Artikel Berkaitan