32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Satu lagi kluster daripada Citrawarna Keluarga Malaysia 2022

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SATU lagi kluster baharu dikesan daripada Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 yang berlangsung di tebingan Sungai Sarawak, Kuching apabila seramai 21 disahkan positif COVID-19.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataannya hari ini berkata, kes indeks (kes ke-259,147) bagi kluster ini adalah lelaki tempatan berusia 45 tahun yang dikesan positif COVID-19 melalui saringan individu bergejala pada 27 Februari lalu di sebuah hospital perubatan swasta di Kuching.

Menurutnya, 58 kontak rapat dikenalpasti dan menjalani saringan yang mana 21 orang (termasuk kes indeks) dikesan positif.

“Perebakan jangkitan dipercayai berpunca daripada pergaulan dan kontak rapat dalam kalangan mereka semasa menghadiri program itu dan merebak sehingga ke generasi kedua,” katanya, lapor Harian Metro.

Katanya, terdapat seramai 24 kes positif lain juga dilaporkan (bukan dari kluster ini) turut mempunyai sejarah pergerakan menghadiri program citrawarna.

Advertisements

Sehubungan itu katanya, individu yang mempunyai sejarah menghadiri Program Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 yang berlangsung selama empat hari bermula pada 24 Februari di tebingan Sungai Sarawak dinasihatkan membuat pemantauan dan saringan kendiri sekiranya mengalami sebarang gejala.

“Orang ramai dinasihatkan tidak menghadiri aktiviti perkumpulan membabitkan ramai peserta atau hadirin di mana prosedur operasi standard (SOP) sukar dipatuhi, terutamanya jika mempunyai gejala atau dikesan positif.

“Semua individu harus memainkan peranan masing-masing dan menjalani ujian kendiri sekiranya mempunyai gejala, atau sebelum menyertai aktiviti membabitkan ramai orang atau golongan berisiko tinggi,” katanya.

Dianggarkan seramai 50,000 pengunjung menghadiri acara berprestij itu.

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan