25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

MPN cadang tiada kuarantin bagi rakyat bekerja di Singapura

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Pemulihan Negara (MPN) mencadangkan kepada kerajaan tiada kuarantin bagi individu yang bekerja ke Singapura, namun perlu mematuhi SOP ditetapkan.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata langkah itu sebagai menyokong pembukaan sempadan dan memastikan pertumbuhan ekonomi yang baik.

“Kita nak mudahkan pembukaan sempadan supaya ekonomi kita akan tumbuh. Kalau ada sekatan dan terlalu banyak peraturan, termasuk ujian calitan, itu mungkin menghalang pertumbuhan ekonomi.

“Justeru, MPN mencadangkan kerajaan supaya mengkaji semula garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) perjalanan ulang-alik harian Malaysia-Singapura susulan pengumuman pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April ini,” katanya selepas Program Jelajah Dialog Agro bersama MPN di Batu Pahat, hari ini.

Beliau mengulas pengumuman kerajaan semalam mengenai pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April ini.

Sementara itu, Muhyiddin, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), berkata parti itu berikrar untuk merancakkan semula ekonomi Johor dengan membangunkan sektor Pertanian Agromakanan jika diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, PN akan berusaha membangunkan sektor pertanian yang moden berikutan Johor adalah antara pengeluar utama bekalan makanan di negara ini.

Beliau berkata, sektor pertanian berpotensi dibangunkan tapi perlu dibangunkan secara teknologi moden.

Dalam ikrar ini, ada perkara utama, termasuk bantuan infrastruktur di sektor pertanian sama ada jalan, perparitan dan sebagainya. Untuk tingkatkan hasil pengeluaran, kita perlu berusaha dalam bidang itu,” katanya. -Bernama

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan