30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

PKD Layang-Layang perintis STIE Keluarga Malaysia

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PUSAT Komuniti Desa (PKD) Layang-Layang, Kluang, Johor terpilih sebagai PKD rintis dalam pelaksanaan projek ruang reka Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) Keluarga Malaysia.

Timbalan Menteri II Pembangunan Luar Bandar, Datuk Hasbi Habibollah berkata, projek berkenaan menggunakan ruang PKD dan pembekalan kelengkapan peralatan dan aplikasi teknologi STIE.

“Program pembudayaan STIE ini memberi manfaat kepada masyarakat setempat dengan menggarap idea kreatif dan menyuntik elemen inovasif khususnya belia luar bandar.

“Selain itu, komuniti luar bandar yang berkemahiran STIE dapat menjana pendapatan dan pekerjaan melalui aktiviti pembangunan prototaip produk inovasi ke peringkat pra-komersilan dan mereplikasi projek inovasi ke komuniti lain,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian sempena Perasmian Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia PKD Layang-Layang yang diusahakan bersama antara Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Turut hadir, Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Seri Zainal Abidin Abu Hassan dan Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun.

Ruang reka STIE yang menyediakan platform hab reka cipta, teknologi dan inovasi kepada komuniti itu dibangunkan oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), agensi di bawah MOSTI.

Advertisements

Selain Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia di PKD Layang-Layang, YIM juga telah membangunkan tiga projek pilot Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia di Taman Rasa Sayang, Paroi, Negeri Sembilan; Projek Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran, Kuala Terengganu dan kawasan Tenggara, Kota Tinggi, Johor.

Sementara itu Hasbi berkata, sehingga kini sebanyak 191 PKD telah diwujudkan di seluruh bagi membantu meningkatkan literasi digital dan kesejahteraan masyarakat luar bandar.

“PKD diuruskan oleh seorang pengurus dan dibantu oleh Pejabat KPLB Negeri selaku Agensi Penyelaras Negeri dengan dikawal selia oleh Bahagian Pembangunan Ekonomi Komuniti (EK).

“Fungsi PKD sebagai pusat latihan komuniti, aktiviti wanita, kesukarelaan, perkhidmatan setempat dan pengumpulan produk usahawan desa akan terus diperkasa selaras dengan Dasar Pembangunan Luar Bandar,” ujarnya.

Tambah Hasbi lagi, program pemerkasaan PKD yang telah diluluskan peruntukan pembangunan sebanyak RM3 juta dalam Rancangan Boleh Pinda Kedua (RP2) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dilihat mampu memperkasakan PKD selain memberikan manfaat kepada penduduk di kawasan luar bandar.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan