24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Rapat saf: Pihak berkuasa agama wajar sahut keputusan Pusat

Mesti Baca

PIHAK berkuasa agama negeri-negeri sewajarnya menyahut keputusan kerajaan Persekutuan yang membenarkan jemaah di masjid dan surau merapatkan semula saf.

Menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, hukum penjarakan ketika solat berasaskan kepada sebab (‘illah) iaitu wabak COVID-19 yang memuncak sebelum ini dan kadar vaksinasi yang masih rendah.

Beliau berkata, apabila keadaan sebaliknya berlaku, maka wajarlah hukum penjarakan ketika solat disemak semula dan dipertimbangkan untuk dimansuhkan.

“Ini berdasarkan kaedah fiqh:

إذا انتفت العلة انتفى الحكم

Apabila ternafinya ‘illah, maka ternafilah hukum berkenaan,” katanya menerusi ciapan di twitternya hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan bahawa Malaysia akan memasuki Fasa Peralihan ke Endemik bermula 1 April ini.

Dengan pengumuman itu, beberapa SOP ketat yang dilaksanakan sejak hampir dua tahun lalu akan dimansuhkan.

Advertisements

Ini termasuk penjarakan fizikal solat jemaah di masjid dan surau serta had kapasiti 50 peratus untuk aktiviti melibatkan orang ramai.

Manakala had kapasiti pekerja yang bergantung liputan vaksinasi juga dimansuhkan.

Zulkifli yang kini Ahli Dewan Negara berkata, beliau yakin usul tersebut sedang diteliti sebaiknya di peringkat negeri berdasarkan Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan urusan berkaitan hal ehwal Islam berada pada ruang lingkup dan bidang kuasa negeri.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihak berkuasa agama negeri sebaiknya mengekalkan SOP asas seperti pemakaian pelitup muka dan sanitasi tangan sebagai langkah pencegahan.

“Kita perlu terus menjadikan masjid dan surau sebagai contoh terbaik pelaksanaan dan pematuhan SOP,” katanya.

Sebelum ini umat Islam di Selangor tidak berpuas hati dengan keputusan pihak berkuasa agama negeri yang mensyaratkan hanya jemaah lengkap dos penggalak sahaja dibenarkan menunaikan solat jemaah di dalam masjid dan surau di negeri itu.

Ini berikutan peningkatan kes Covid-19 sejak beberapa minggu terakhir susulan penularan varian Omicron yang menyebabkan kes positif harian melebihi 30,000. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan