34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

87 peratus pengundi awal laksana tanggungjawab

Mesti Baca

SERAMAI 18,625 orang atau 87 peratus pengundi melaksanakan tanggungjawab masing-masing dalam proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung hari ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, mereka terdiri daripada anggota tentera dan pasangan, anggota polis dan pasangan serta Polis Pasukan Gerakan Am (PGA).

“SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik pada hari ini,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Bagaimanapun, peratusan tersebut sedikit berkurangan berbanding pengundi awal PRN Melaka pada November tahun lalu yang mencapai 89.9 peratus.

Advertisements

SPR sebelum ini berkata, sebanyak 63 pusat mengundi membabitkan 83 saluran dibuka bermula 8 pagi membolehkan seramai 22,531 pengundi awal melaksanakan tanggungjawab mereka.

Mereka terdiri daripada 10,955 anggota tentera dan pasangan, manakala 11,576 lagi adalah anggota polis dan pasangan serta PGA.

Daripada 63 pusat mengundi pula, sebanyak 30 pusat mengundi akan beroperasi sehingga pukul 12 tengah hari.

Sementara selebihnya akan ditutup pada pukul 2 petang dan 5 petang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan