24.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 29, 2022

Agong serah sumbangan peribadi kepada mangsa banjir

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menyerahkan sumbangan peribadi kepada mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan Istana Negara, sumbangan berkenaan disampaikan oleh Juruiring Tentera Darat Baginda, Brigadier Jeneral Datuk Sharizan Wan Chik.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan semoga bantuan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban mereka,” kata kenyataan itu menerusi Facebooknya.

Semalam, beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur dilanda banjir kilat sehingga menyebabkan penduduk yang terjejas terpaksa dipindahkan ke dua PPS yang diwujudkan.

Terdahulu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata, sebanyak 29 lokasi sekitar ibu kota dikenal pasti telah dinaiki air susulan hujan lebat petang semalam.

Bagaimanapun menurutnya, banjir di 25 kawasan surut dalam tempoh 30 hingga 45 minit.

Baca juga:   1,246 pelajar tajaan MARA ke luar negara mulai bulan depan

“Banjir di empat lagi kawasan pula surut dalam tempoh satu hingga tiga jam.

“Dua pusat pemindahan sementara (PPS) juga di buka masing-masing di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Saraswati yang membabitkan 560 orang daripada 145 keluarga.

“Di Dewan Sultan Sulaiman pula, ia membabitkan mangsa banjir di Kampung Periuk, seramai 128 orang,” katanya.

-EDISI9

Terkini

96 PPS sedia diaktif di KL dan Putrajaya -Rina Harun

BAGI persiapan menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini, sebanyak 96 pusat pemindahan sementara (PPS) sedia diaktifkan. Dengan...

Lagi Artikel Berkaitan