31 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

PN nafi dua surat tular guna nama Muhyiddin, kepala surat parti

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) menafikan kewujudan surat bertarikh 23 Februari 2022 yang mengunakan nama Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kepala surat parti sebagaimana yang tersebar sejak malam semalam.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, surat tersebut adalah palsu dan berniat jahat untuk mengelirukan rakyat yang akan mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada esok hari, 12 Mac.

Menurutnya, PN percaya bahawa rakyat Johor tidak akan terpedaya dengan amalan kempen kotor sesetengah parti politik yang terdesak dan tidak dapat menerima gelombang sokongan rakyat terhadap calon dan ikrar PN.

“Seluruh jentera parti diseru untuk kekal fokus mendekati rakyat dan membawa aspirasi serta keprihatinan Perikatan Nasional demi bangsa Johor dalam tempoh-tempoh akhir berkempen PRN Johor ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular dua surat di media sosial bertarikh 23 Februari 2022 menggunakan nama Muhyiddin serta kepala surat PN.

Salah satu surat berkenaan membabitkan perbincangan berkenaan satu kerjasama politik antara PN dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) demi menyelamatkan negara dari terus dirosakkan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Advertisements

Dalam surat yang sama juga menyatakan, PN sanggup memberi kepercayaan dan menyatakan sokongan penuh ke atas pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri ke-10.

Turut dicadangkan nama baharu bagi kerjasama berkenaan iaitu Perikatan Harapan.

Satu lagi surat yang tular adalah berkenaan Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang menasihatkan semua jentera parti supaya isu “Kluster Mahkamah” dimainkan secara berhati-hati berikutan kepimpinan PN juga mempunyai masalah yang sama.

Turut disertakan tujuh nama pemimpin PN yang dikaitan dengan masalah yang sama berkenaan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan