30.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Bomba guna anjing pengesan cari dua mangsa runtuhan kuari

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) bagi mengenal pasti kedudukan tepat dua mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Timbalan Komander Operasi JBPM Perak Aidil Adlee Che Mee berkata operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari keempat dimulakan pada 9 pagi tadi dengan kekuatan 63 orang.

“Ia termasuk bomba, polis, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) serta Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG).

“Operasi hari ini akan dilakukan secara berterusan berikutan cuaca yang baik dan tiada tanda-tanda gelongsoran batu dari struktur bukit yang telah ditanda oleh pihak JMG sebagai struktur yang lemah.

Advertisements

“Operasi hari ini juga masih tertumpu terhadap usaha mengalihkan bongkah batu besar dengan menitikberatkan faktor keselamatan risiko batu gelongsor dan faktor cuaca.

“Kali terakhir gelongsoran batu dalam skala kecil direkodkan adalah 4 pagi semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selalu lalu, dua lelaki dipercayai tertimbus dalam kejadian runtuhan kuari pada 9.15 pagi.

Mereka dikenalpasti dengan identiti, Kheow Loo Siew Soon, 49, dan Itam Lasoh, 43, manakala dua lagi, Mohd Razli Suhaimi, 35, mengalami patah tulang kaki serta Pan Tam, 38, hanya cedera ringan.- Bernama

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan