27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 26, 2023

Runtuhan kuari : 36 kali letupan pecahkan bongkah batu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 36 letupan dijalankan bagi memecahkan bongkah batu kepada saiz yang lebih kecil sepanjang operasi mencari dua pekerja kuari tertimbus runtuhan batu di tapak kuari di Ke­ramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pe­rak, Azmi Osman berkata, letupan secara terkawal itu masih dilakukan di lokasi kejadian.

“Sekarang ini operasi mencari dua pekerja kuari tertimbus runtuhan telah memasuki hari ke-31 semalam.

“Bongkah batu bersaiz besar hingga mencapai berat ratusan tan merupakan faktor melambatkan usaha mencari mangsa yang bermula 8 Mac lalu.

“Halangan besar pasukan penyelamat adalah timbunan bongkah batu bersaiz besar yang menutupi kedudukan jengkaut bersama mangsa.

“Secara purata, saiz sebuah bongkah batu ini boleh mencapai berat antara 50 ke 100 tan. Ini merupakan faktor yang lambatkan usaha pasukan penyelamat mencari mangsa sehingga ke hari ini,” katanya lapor Kosmo! .

Baca juga:   Tangan budak 3 tahun tersangkut dalam pembesar suara

Menurutnya, halangan besar pasukan penyelamat adalah timbunan bongkah batu bersaiz besar yang menutupi kedudukan jengkaut bersama mangsa.

“Secara purata, saiz sebuah bongkah batu ini boleh mencapai berat antara 50 ke 100 tan. Ini merupakan faktor yang lambatkan usaha pasukan penyelamat mencari mangsa sehingga ke hari ini,” katanya.

Menurut beliau, kerja-kerja mencari mangsa masih dijalankan pada spot (titik) jengkaut tertimbus yang dikenal pasti oleh pakar geofizik Universiti Teknologi Petronas.

Baca juga:   SAR 2 mangsa tertimbus runtuhan batu ditamatkan

Bagaimanapun katanya, sama ada kerja-kerja penggalian itu menghampiri mangsa atau sebaliknya belum dapat disahkan ekoran tiada tanda-tanda ­bangkai jengkaut dijumpai setakat ini.

“Kita juga tidak dapat jangkakan berapa lama masa yang diperlukan dalam operasi ini kerana bergantung kepada pene­muan atau petunjuk yang kita jumpai sepanjang kerja-kerja penggalian,” katanya.

Tambah beliau, pasukan terdiri daripada anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat Malaysia (STORM) masih ditugaskan di tempat kejadian.

“Pegawai dan anggota akan bertugas dengan kaedah penukaran setiap dua hari. Mereka masih dalam keadaan baik daripada aspek mental dan emosi terutama di bulan Ramadan,” ujarnya.

Pada 8 Mac lalu, kejadian runtuhan batu di tapak kuari sekitar pukul 9.15 pagi dan telah mengakibatkan dua mangsa tertimbus iaitu Itam Lasoh, 43, dan Kheow Loo Siew Soon, 49.

Seorang lagi mangsa berusia 35 tahun yang mengalami patah tulang kaki dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun ­untuk rawatan, manakala rakannya berusia 38 tahun pula cedera ringan.

Baca juga:   PKPD 9 lokaliti seluruh negara mulai 26 Julai

Wartawan

Terkini

Arif Aiman, Endrick terlepas aksi menentang Hong Kong

SKUAD Harimau Malaysia kehilangan dua tonggak utama Arif Aiman dan Endrick dos Santos akibat kecederaan menjelang aksi persahabatan antarabangsa...

Lagi Artikel Berkaitan