36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Dua penyelam yang hilang ditemui selamat awal pagi tadi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA penyelam yang hilang di Pulau Tokong Sanggol, di sini pada Rabu ditemui selamat oleh nelayan tempatan kira-kira jam 1 pagi tadi.

Mereka ialah penyelam warga Britain, Adrian Peter Chesters, 46 dan wanita warga Perancis, Alexia Alexandra Molina, 18.

Khamis lalu, seorang penyelam warga Norway, Kristine Grodem, 35 ditemui selamat.

Grodem yang juga jurulatih selam ditemui di 30 batu nautika dari lokasi mangsa dipercayai hilang kira-kira jam 8.15 pagi oleh sebuah bot tunda yang dalam perjalanan dari Indonesia ke Thailand.

Kristine, ditemui selamat dan dibawa menaiki helikopter ke Mini Stadium Mersing, jam 12.05 tengah hari.

Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Mersing.

Kristine adalah jurulatih selam kepada Adrian dan Nathan serta Alexia ketika melakukan aktiviti latihan selaman di Pulau Tokong Sanggol.

Mangsa yang masih hilang adalah anak Chesters dikenali sebagai Nathen Renze, 14, yang juga warga Belanda.

Media sebelum ini melaporkan Ops Carilamat bagi mengesan tiga penyelam warga asing yang hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol, sejak Rabu lalu diteruskan dengan sektor pencarian laut diperluaskan.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria, berkata ia susulan penemuan seorang mangsa yang juga jurulatih selam warga Norway, Kristine Grodem, 35, pada jarak kira-kira 22 batu nautika dari lokasi kejadian petang semalam.

“Sektor pencarian di laut diperluaskan sehingga 335.79 batu nautika persegi dan pencarian udara merangkumi keluasan 427.89 batu nautika persegi.

“Jumlah keseluruhan sektor pencarian adalah 1,074 batu nautika persegi,”katanya.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan