30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

99.56 peratus daripada kes baharu, kategori satu dan dua

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 14,878 atau 99.56 peratus daripada 14,944 kes baharu COVID-19 dicatatkan semalam adalah kategori satu dan dua.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, baki 66 kes atau 0.44 peratus pula terdiri daripada kategori tiga, empat dan lima.

“Dengan pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kepada 4,307,529 kes,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, daripada 66 kes kategori tiga, empat dan lima yang dilaporkan, 11 kes membabitkan mereka yang tidak divaksin atau belum lengkap vaksinasi.

“Manakala, 35 kes telah menerima dua dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 20 kes telah menerima dos penggalak,” katanya.

Beliau berkata,kes COVID-19 yang dimasukkan ke hospital semalam, adalah 507 kes dan daripada jumlah itu, 211 kes (41.6 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima, manakala baki 296 kes (58.4 peratus) terdiri daripada kategori satu dan dua.

Advertisements

Dalam pada itu, beliau berkata, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19 pula, hanya Selangor mencatat peratusan pengisian melebihi 50 peratus bagi penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) setakat semalam, iaitu 56 peratus.

“Bagi pengisian katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), tiada negeri yang mencatat peratusan pengisian melebihi 50 peratus.

“Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau nilai Rt dicatatkan di seluruh negara pada Jumaat adalah 0.84,”katanya

Ujar beliau lagi, Selangor kekal merekodkan kadar tertinggi iaitu 0.96 dan Kelantan mencatat kadar paling rendah dengan 0.65.

Sementara itu 14,045 kes sembuh dilaporkan menjadikan kumulatif kes sembuh 4,113,831. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan