28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Dua cedera dalam insiden tangki NGV lori meletup

Didapati berlaku letupan NGV dari sebuah lori jenis Isuzu yang membawa muatan ikan di stesen minyak berkenaan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA lelaki termasuk seorang warga emas cedera apabila tangki gas cecair asli (NGV) sebuah lori meletup di stesen minyak di Jalan Langkasuka Kawasan Perindustrian Dato Onn, Johor Bahru, hari ini.

Difahamkan dalam kejadian berkenaan, pemandu lori berusia 64 tahun mengalami cedera ringan di tangan, manakala pekerja stesen minyak berusia 57 tahun turut cedera.

Timbalan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Kanan Penguasa Bomba Kanan (PKPB) Mohd. Faiz Suleiman berkata, letupan berlaku semasa pengisian gas ke dalam tabung  NGV dari lori berkenaan. 

“Polis  menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.05 tengah hari dan dua cedera akibat terkena serpihan tabung NGV yang meletup.

“Seramai 14 anggota dengan sebuah jentera FRT, tiga unit Bermotor Bomba (RIM) dan sebuah jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dkejarkan ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba di lokasi, didapati berlaku letupan NGV dari sebuah lori jenis Isuzu yang membawa muatan ikan di stesen minyak berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Ujar Mohd. Faiz lagi, pihaknya kemudian memberi rawatan kepada pemandu lori yang cedera ringan dan kemudian menghantar pekerja stesen minyak ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Seorang lagi pekerja stesen minyak iaitu wanita berusia 37 tahun dilaporkan selamat, namun trauma,” katanya.

Menurut beliau, operasi kemudian ditamatkan pada jam 1.30 tengah hari

Letupan tabung NGV itu turut mengakibatkan sebuah teksi yang berada di stesen minyak, bangunan stesen minyak dan sebuah premis berhampiran stesen minyak turut rosak.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan