27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Hektar Asset Management raih dua anugerah ESG 2022

Mesti Baca

HEKTAR Asset Management Sdn Bhd meraih dua kategori dalam Anugerah ESG The Edge Malaysia 2022 yang berlangsung malam semalam.

Dua anugerah yang diraih mereka ialah Anugerah Prestasi Terbaik Sepanjang Tiga Tahun (untuk cap pasaran di bawah RM300 juta) serta Anugerah Sektor Hartanah & REIT.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Johari Shukri Jamil berkata, penganugerahan itu merupakan bukti dan pengiktirafan terhadap usaha belai memacu inisiatif kelestarian sejak 2017.

Beliau berkata, komitmen Hektar Asset Management terhadap prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) bersifat jangka panjang kerana sedar semua pihak mempunyai tanggungjawab terhadap pemegang kepentingan syarikat.

“Kami terus komited untuk memajukan lagi usaha kami dalam mengurus perkara kemampanan material dalam bidang pemuliharaan alam sekitar, termasuk pengurangan dan penyesuaian perubahan iklim, pengurusan air & sisa.

“Selain mengurus penggunaan tenaga, termasuk menggabungkan tenaga boleh diperbaharui dalam campuran tenaga kami,” katanya dalam kenyataan.

Anugerah ESG The Edge Malaysia memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada syarikat-syarikat Malaysia atas komitmen mereka untuk membangun dan meningkatkan operasi perniagaan mereka mengikut prinsip ESG.

Beliau berkata, pihaknya juga akan terus menyepadukan ESG dalam semua aspek perniagaannya, daripada pengurusan kewangan kepada operasi dan perancangan masa depan untuk memberikan nilai jangka panjang yang berdaya tahan dan mampan.

Mengenai penglibatan sosial pula, Johari berkata, syarikat akan terus memastikan inisiatifnya selaras dengan tanggungjawab sosial korporat (CSR) iaitu amalan terbaik industri dan jangkaan pelabur.

“Selama bertahun-tahun, Hektar REIT telah berganding bahu melalui banyak perkongsian dan kerjasama dengan organisasi tempatan dan antarabangsa.

“Kami memberikan sokongan kepada NGO dan program amal untuk menyokong masyarakat yang kurang bernasib baik dan terpinggir selain memajukan dan memperkasakan wanita untuk meningkatkan kebebasan kewangan mereka untuk manfaat keluarga,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan