34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

102 mangsa banjir ditempatkan di dua PPS Dengkil

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 102 mangsa banjir terpaksa berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Dengkil selepas kediaman mereka dinaiki air susulan hujan lebat sejak petang semalam.

Dua PPS berkenaan masing-masing di Dewan Taman Gemilang yang menempatkan 62 mangsa daripada 16 keluarga dan Dewan Orang Ramai Dengkil yang melibatkan 40 mangsa daripada 12 keluarga.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kedua-dua PPS itu menempatkan mangsa dari Kampung Ampar Tenang dan Kampung Sri Tanjung.

Antara mangsa yang ditempatkan di Dewan Taman Gemilang termasuk seorang ibu yang baru bersalin bersama bayinya berusia empat hari.

Advertisements

“Buat masa ini, Dewan Taman Gemilang sudah penuh dan baki mangsa banjir terpaksa dibawa ke Dewan Orang Ramai Dengkil,” katanya.

Dalam kejadian banjir kilat petang semalam beberapa lokasi di sekitar Dengkil dan Kota Warisan dinaiki air menyebabkan puluhan rumah penduduk ditenggelami air selain turut menenggelamkan hampir separuh kereta penduduk.

Kawasan teruk terjejas termasuk Sekolah Kebangsaan Dengkil, Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil dan Kampung Ampar Tenang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan