31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

40 PATI ditahan atas pelbagai kesalahan di Dengkil

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 40 warga asing ditahan dalam Operasi Sapu (Op Sapu) oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya di Kampung Bukit Damar, Dengkil awal pagi tadi.

Serbuan jam 1 pagi oleh Bahagian Penguatkuasaan JIM Putrajaya itu dilakukan hasil maklumat dan risikan yang dijalankan di kawasan berkenaan.

JIM menerusi kenyataan dikeluarkan berkata, seramai 40 warga asing diperiksa dengan kesemuanya ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada tiga lelaki warga Bangladesh, 18 lelaki dan 14 wanita, tiga kanak-kanak lelaki serta dua kanak-kanak perempuan warga Indonesia yang berada di lokasi berkenaan melakukan kesalahan imigresen.

Advertisements

“Pihak JIM turut mengesan rumah PATI yang mempunyai pintu rahsia di bahagian belakang, digunakan untuk meloloskan diri apabila diserbu pihak berkuasa.

Semua tahanan berkenaan telah ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Semenyih.

“Semua tahanan berkenaan telah ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Semenyih untuk tindakan susulan dan semuanya akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/1963, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,”katanya.

JIM berkata, pihaknya akan sentiasa prihatin dengan aduan dan maklumat yang diberikan oleh orang awam serta tidak akan berkompromi terhadap orang asing yang tinggal secara haram, menyalahgunakan pas dan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral di negara ini.

“Tindakan tegas juga akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mengupah atau melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI),”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

8000 pelari sertai Twincity Marathon 2024 

TWINCITY Marathon 2024 telah mencatatkan jumlah peserta yang mengagumkan, dengan lebih daripada 8000 peserta daripada 24 negara menyertainya. Twincity Marathon, sebuah acara...

Lagi Artikel Berkaitan