Friday, July 24, 2026

Agong berkenan menerima menghadap Anwar

Sesi menghadap yang bermula pukul 5 petang itu merupakan kali pertama sejak Anwar dilantik sebagai perdana menteri ke-10 pada Khamis lalu.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara petang ini.

Menurut Istana Negara, sesi menghadap yang bermula pukul 5 petang itu merupakan kali pertama sejak Anwar dilantik sebagai perdana menteri ke-10 pada Khamis lalu.

“Sesi menghadap yang bermula pada jam 5.00 petang itu merupakan yang kali pertama buat YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beliau menerima surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia Perdana Menteri ke-10 di istiadat pada 24 November lepas di Istana Negara,” menurut kenyataan tersebut.

Sesi menghadap Seri Paduka Baginda diadakan sehari sebelum Majlis Raja-raja Melayu dijadualkan bersidang esok.

Bagaimanapun tiada butiran lanjut mengenai perbincangan dalam majlis tersebut.

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan