25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

SAR dihentikan seketika, kerana berlaku runtuhan kecil

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PASUKAN penyelamat menghentikan seketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua mangsa tertimbus dalam insiden runtuhan kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai dekat Ipoh, Perak berikutan berlaku runtuhan kecil, pagi ini.

Operasi SAR berkenaan kini memasuki hari ketujuh bagi mencari dua mangsa dikenal pasti sebagai Itam Balasoh, 43, dan Kheow Loo Siew Soon, 49.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, runtuhan kecil batuan di kawasan itu dikesan kira-kira jam 10.35 pagi justeru menyebabkan kerja-kerja pengalihan batu terpaksa dihentikan seketika.

“Pasukan penyelamat masih dalam skop kerja pemerhatian dan keselamatan bagi kerja pengalihan batu oleh syarikat kuari.

“Jarak laluan untuk ke lokasi tepat mangsa tertimbus dianggarkan kira-kira 20 meter untuk sampai,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Komander Operasi JBPM Perak, Aidil Adlee Che Mee dilaporkan berkata, kerja pengalihan bongkah batu untuk mengesan kedudukan dua mangsa tertimbus berkenaan dijangka selesai 70 peratus kelmarin namun ia turut bergantung kepada faktor cuaca.

Pada 8 Mac lalu, kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.40 pagi lalu telah mengakibatkan Itam Balasoh dan Kheow Loo Siew Soon tertimbus.

Sebelum ini juga, runtuhan susulan kecil turut dilaporkan berlaku di kawasan kejadian antaranya pada hari ketiga operasi SAR pada 10 Mac lalu.- Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan