31.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 1, 2023

Walt Disney hentikan semua aktiviti perniagaannya di Rusia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEMUA aktiviti perniagaan syarikat Walt Disney di Rusia akan dihentikan berikutan peperangan berterusan di Ukraine, lapor Agensi Anadolu.

Keputusan itu termasuk pelesenan terhadap kandungan dan produk, aktiviti Disney Cruise Line, majalah dan lawatan National Geographic, penerbitan kandungan tempatan dan penyampaian kandungan video melalui rangkaian siaran atau kabel.

Menurut Disney dalam satu kenyataan berkata, sesetengah daripada aktiviti perniagaan itu boleh dan akan kami hentikan serta-merta.

“Lain-lain, seperti penyampaian kandungan video dan beberapa kandungan serta pelesenan produk akan mengambil masa disebabkan isu kontrak,” tambah kenyataan itu.

Dalam pada itu, Disney berkata, bagaimanapun syarikat akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi pertubuhan bukan kerajaan untuk menyalurkan bantuan segera kepada pelarian.

Pada 28 Feb, syarikat itu mengumumkan bahawa ia telah menghentikan sementara tayangan filemnya di Rusia. – Bernama

Baca juga:   Baki 8 rakyat Malaysia sedang dibawa keluar dari Ukraine - PM

Wartawan

Terkini

SPRM bekukan akaun bank Bersatu

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan akaun bank Bersatu. Tindakan tersebut berlaku sehari selepas parti terbabit mendedahkan akaun...

Lagi Artikel Berkaitan