26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Kedutaan pantau isu rakyat Malaysia terkandas di Myanmar

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Luar mengesahkan Kedutaan Besar Malaysia di Yangon sedang memantau rapi situasi terkini rakyat negara ini yang terkandas di Myanmar sejak awal tahun.

Menurut sumber Wisma Putra menerusi mesej aplikasi Whatsapp Kumpulan Media KLN, pihaknya juga bekerjasama rapat dengan pejabat diplomatik Malaysia di ibu negara berkenaan.

“Kami sedang memantau rapi perkembangan semasa kes tersebut dan dalam proses bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut daripada pihak berkuasa negara berkenaan,” kata sumber berkenaan seperti dilaporkan Utusan Online.

Wisma Putra merujuk berita disiarkan media tempatan kelmarin yang melaporkan beberapa warga Malaysia terkandas secara haram di Myanmar selepas ditipu oleh ejen pekerjaan palsu.

Salah seorang anggota keluarga mangsa di Kedah memohon bantuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim, Yeo Keng Chuan bagi membawa balik anak lelakinya dari negara itu.

Mereka turut buntu dan bimbang dengan keselamatan mangsa yang terkandas sejak Januari lepas selain sedih dan tertekan memikirkan nasib kebajikan individu berkenaan di Myanmar.

Mengulas lanjut, sumber memaklumkan bahawa rakyat Malaysia turut boleh mendapatkan bantuan kedutaan terletak di No.82, Pyidaungsu Yeikhta Road, 11191 Dagon Township, Yangon.

Advertisements

Canseri Malaysia itu sekiranya ada isu kecemasan berlaku juga boleh dihubungi langsung menerusi talian telefon +959 772 220 230 atau pun melalui e-mel rasmi [email protected].

Menyentuh perkara yang sama namun melibatkan warga Malaysia di Kemboja pula, Wisma Putra berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh.

“Sebarang perkembangan terkini akan kami maklumkan dalam masa yang terdekat,” katanya sebagai merujuk surat dikirimkan MCA kepada Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Mangsa juga terkandas di negara Asia Tenggara tersebut sejak akhir tahun lepas dipercayai telah diperdayakan sindiket antarabangsa dengan dijanjikan pekerjaan di Kemboja.

Rakyat Malaysia itu menurut Biro Aduan parti berkenaan, sebaliknya dikerah menjadi hamba dan didera sehingga ada meninggal dunia kerana diseksa ekoran tidak mematuhi arahan.

Kedutaan Besar Malaysia kata Wisma Putra, sedia membantu mereka dan boleh didatangi di alamat No.220-222, Preah Norodom Boulevard, Sangkat Tonle Bassac Khan Chamkarmon.

Pejabat canseri tersebut turut boleh dihubungi menerusi talian telefon +855 23 216 176 atau +855 15 216 187 atau melalui emel rasmi kedutaan [email protected].

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan