24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

ePemula: 2 juta belia bakal terima manfaat e-Tunai

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI dua juta belia bakal menerima manfaat e-tunai yang dinamakan ePemula.

Kementerian Kewangan Malaysia berkata, di bawah Bajet 2022, sejumlah RM300 juta telah diperuntukkan untuk inisiatif e-tunai berkenaan.

Menurutnya, belia yang layak akan menerima kredit e-tunai sebanyak RM150 setiap seorang melalui aplikasi e-dompet yang dipilih.

Advertisements

“Empat penyedia perkhidmatan e-dompet iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go Wallet telah dipilih untuk menjayakan program ini.

“Buat masa ini, keempat-empat penyedia perkhidmatan e-Dompet tersebut mempunyai jaringan peniaga runcit melebihi 1.2 juta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar kenyataan itu lagi, memandangkan program berkenaan akan bermula pada pertengahan bulan April, peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang masih belum berdaftar untuk menerima bayaran pembeli secara elektronik atau tanpa tunai (cashless) disarankan untuk mendaftar dengan penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat bagi mendapat manfaat daripada pelaksanaan program ePemula berkenaan.-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan