25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Ramadan, Qing Ming faktor pertambahan kenderaan luar biasa

Susulan pembukaan sempadan yang diumumkan kerajaan Malaysia dan Singapura.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BANDAR raya Johor Bahru dijangka mengalami pertambahan kenderaan yang luar biasa pada hujung minggu ini susulan pembukaan sempadan yang diumumkan kerajaan Malaysia dan Singapura.

Malah, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong, sambutan menjelang bulan Ramadan dan juga perayaan Qing Ming turut menjadi faktor peningkatan kenderaan yang masuk dan keluar melalui sempadan Johor.

Katanya, bagi pengembara dari negara jiran, amat digalakkan melalui jalan darat susulan pengecualian bayaran tol selama tujuh hari di Plaza Tol Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bangunan Sultan Iskandar dan Tanjung Kupang.

“Kedua-dua insentif pengecualian ini mengalakkan mereka yang lama tidak balik ke Malaysia atau rakyat Singapura yang hendak masuk sini dan kebetulan awal Ramadan pada 3 April dan Qing Ming pula perayaan besar untuk masyarakat Cina.

“Perayaan sembahyang kubur satu tradisi dan mereka akan balik kerana maklum sahaja sudah dua tahun tidak balik dan ini kesempatan mereka untuk balik ziarah kubur orang tua mereka atau ahli keluarga.

“Sementara untuk awal Ramadan, saya yakin ramai akan masuk Malaysia pada Sabtu dan Ahad.

Advertisements

“Maka, prestasi perniagaan akan jadi rancak kerana rakyat Singapura juga sudah lama tidak berbelanja di Johor dan mungkin mereka buat persediaan hadapi Ramadan sekali.

“Ini akan memberi kesan amat positif pada Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perasmian Terminal Feri Desaru Coast yang disempurnakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, lapor Utusan Online.

Sementara itu, Ka Siong berkata, terminal feri di Johor juga sudah boleh beroperasi esok dan tiada sekatan, namun, ada yang tidak melaksanakan serta merta berikutan masih ada yang dalam perancangan.

Katanya, seperti penerbangan masuk ke lapangan antarabangsa mungkin tidak dilakukan pada 1 April ini dan dianjak sedikit atas faktor penjualan tiket dan sebagainya.

“Apa yang penting, mereka (yang lengkap vaksinasi) tidak perlu jalani kuarantin wajib dan hanya disyaratkan dalam tempoh 24 jam boleh buat saringan di lapangan terbang atau tempat penginapan selepas memasuki Malaysia seperti mana dikehendaki Kementerian Kesihatan,” katanya.

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan