30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Kerabat diraja dikecualikan daftar pemilih automatik

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DEWAN Negara hari ini meluluskan pindaan Perlembagaan bagi mengecualikan pendaftaran pemilih automatik terhadap kerabat diraja.

Pindaan Perlembagaan itu adalah bagi memasukkan peruntukan baharu Perkara 119A yang mengecualikan nama Raja dan pasangan, Yang di-Pertua negeri dan pasangan, bakal Raja, waris ganti dan waris lain Raja dan pasangan, serta mana-mana individu lain daripada disenaraikan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pindaan itu diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti dua pertiga menerusi undi belah bahagi membabitkan 50 daripada 58 ahli Dewan Negara bersetuju.

“Pembentangan pada hari ini merupakan susulan kepada sokongan diperoleh ketika sesi Dewan Rakyat pada 24 Mac lalu yang mendapat sokongan majoriti dua pertiga di mana seramai 178 daripada 222 ahli Dewan Rakyat bersetuju terhadap pindaan berkenaan.

“Pindaan ini juga selaras pelaksanaan kelayakan umur mengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik di mana setiap warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas serta memenuhi syarat kelayakan, adalah didaftarkan secara automatik tanpa sebarang pengecualian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Advertisements

Wan Junaidi berkata, rang undang-undang itu kemudian akan dibawa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenan dan diwartakan.

Menurutnya, senarai lengkap pengecualian setiap negeri pula akan dibawa melalui suatu perintah yang diwartakan kemudian selepas mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja.

“Perkara 119A ini sudah dibawa bagi mengecualikan Raja Pemerintah dan pasangan, Yang di-Pertua Negeri dan pasangan, bakal Raja, waris ganti dan waris lain Raja dan pasangan, serta mana-mana orang lain daripada didaftarkan sebagai pemilih secara automatik supaya kekal berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

“Bagaimanapun, pilihan sama ada untuk mengundi atau tidak, tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong dengan persetujuan Majlis Raja-Raja,” katanya.-EDISI9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan