25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Calon PN angkat sumpah, komited bentuk kerajaan bebas rasuah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KESEMUA 56 calon Perikatan Nasional (PN) mengangkat lafaz ikrar dan sumpah antirasuah sebagai bukti parti tersebut komited dan serius untuk membentuk kerajaan yang lebih berintegriti.

Justeru, kata Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin rakyat Johor digesa untuk tidak mengulangi apa yang berlaku di peringkat Persekutuan, di mana pemimpin politik yang sudah didapati bersalah, masih bergerak bebas.

Katanya, sekiranya PN terpilih untuk membentuk kerajaan baharu, mereka akan memastikan amalan politik serta pentadbiran dilakukan dengan lebih bersih, berbanding parti-parti lain.

“Sebagai seorang Islam, bersumpah itu adalah satu yang perkara yang dianggap penting, ia satu bukti kesungguhan parti PN untuk menentang rasuah.

“Sebagai seorang Islam, kalau saya langgar, takut saya.Sebab itu kita buat begitu (ikrar dan akujanji integriti), menunjukkan kepada rakyat di negeri Johor, kesediaan kita, sebagai petanda kesungguhan kita untuk memerangi rasuah dan penyelewengan,” katanya lagi.

Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian selepas selesai menyaksikan Majlis Ikrar dan Tandatangan Akujanji Integriti Calon Perikatan Nasional, yang diketuai bekas Menteri Besar Johor, Datuk Sahruddin Jamal di Johor Bahru hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin berkata, Bangsa Johor diharap dapat menjadikan Pilihan Raya Negeri ini sebagai satu permulaan untuk membentuk kerajaan berasaskan nilai integriti dan lebih prihatin rakyat.

“Anda (calon PN) semua adalah benteng utama untuk menyekat kemaraan semula kumpulan kleptokrat, yang berasaskan rasuah dan penyelewengan. At all costs, we must stop the return of kleptocrats, stop the abuse of powers (kita perlu memerangi kleptokrat, hentikan salah guna kuasa).

“Saya yakin dengan ikrar dan akujanji, maka kita akan pertingkatkan imej, sebagai gabungan yang berpegang pada prinsip integriti, dan akan diyakini seluruh rakyat Johor.

“Apabila sampai 12 Mac nanti, mereka tidak ragu untuk berikan undi dan menyokong anda calon Perikatan Nasional,” tambahnya.

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan