29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

27,500 kes jangkitan baharu COVID-19 semalam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH jangkitan COVID-19 semalam terus meningkat dengan 27,500 kes dilaporkan berbanding kelmarin yang mencatatkan sebanyak 25,854 kes.

Berdasarkan data pada laman web COVIDNOW, daripada kes harian yang dilaporkan semalam, sebanyak 428 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Dengan pertambahan jangkitan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara sebanyak 27,500 kes.

Mengikut pecahan negeri-negeri, Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan sebanyak 6,494 kes dilaporkan.

Diikuti, Kedah (2,752 kes), Pulau Pinang (2,422 kes), Sabah (2,236 kes), Kuala Lumpur (2,092 kes), Johor (1,949 kes), Kelantan (1,758 kes), Pahang (1,430 kes) dan Negeri Sembilan (1,373 kes).

Advertisements

Seterusnya, Sarawak (1,357 kes), Pahang (1,331 kes), Terengganu (896 kes), Melaka (664 kes), Labuan (364 kes), Perlis (211 kes) dan Putrajaya (171 kes).

Dalam masa sama, kes kematian COVID-19 mencatatkan tiga digit dengan 115 kes dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 32,942 kes.

Manakala, sebanyak 36 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 6,780 kes.

Sementara itu, sebanyak 321,036 kes aktif dilaporkan melibatkan 309,069 kes dikuarantin di rumah, 3,425 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Manakala, sebanyak 8,182 kes di hospital, 166 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 194 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan