28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Ban pecah di Taman Sri Muda, JPS bertindak segera

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan kejadian ban pecah berhampiran pintu kunci air di Jalan Serikandi 25/14, Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam, malam ini.

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.15 malam dan tiba di lokasi pada jam 8.28 malam.

Menurut beliau, siasatan dilakukan pegawai bomba di lokasi mendapati ban pecah berhampiran pintu air sehingga menyebabkan berlaku limpahan air ke kawasan perumahan.

“Bagaimanapun keadaan terkawal dan kerja pembaikan ban sedang dilaksanakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Hujan sudah berhenti, keadaan air berada pada paras tebing iaitu setinggi kira-kira dua kaki,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Norazam berkata, anggota bomba akan berada di lokasi sehingga air pasang pada jam 12 tengah malam ini untuk meninjau paras air.

Menurutnya, bomba sudah bersiap sedia dengan lima bot termasuk bot aluminum, bot fiber dan satu kenderaan jika pemindahan mangsa perlu dilakukan.

-EDISI9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan