24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

MOSTI lulus dana RM54 juta untuk projek NTIS sejak 2020

Mesti Baca

KEMENTERIAN Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah meluluskan dana sebanyak RM54 juta bagi menyokong projek-projek Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional (NTIS) sejak pelancarannya pada Ogos 2020 lalu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Adham Baba berkata, dalam tempoh itu juga pihaknya telah menerima lebih 500 permohonan dan 150 daripadanya telah diberikan bantuan sokongan berupa pembiayaan, kawal selia, teknikal dan kepakaran untuk ke pasaran.

“Sebanyak tujuh tapak sandbox telah berjaya dilancarkan sejak Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional (NTIS) dilancarkan pada Ogos 2020.

“Pada hari ini, saya amat gembira kerana dengan kerjasama strategik yang bakal terjalin dengan kerajaan negeri Sabah di bawah inisiatif NTIS akan mewujudkan sandbox yang pertama di Malaysia Timur,” katanya pada majlis pelancaran Program Rintis Sandbox Digital IoT di Kota Kinabalu, Sabah semalam.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan.

Hadir sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Yakub Khan, Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Zainudin Aman dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI), Dzuleira Abu Bakar.

Dr Adham berkata, pendigitalan dengan aplikasi IoT akan memacu pertumbuhan sektor-sektor ekonomi lain sepertiperlombongan, pertanian dan pembuatan dengan lebih cekap dan mampan.

Advertisements

Mengenai sandbox digital IoT, Dr Adham berkata, ia akan melahirkan ekosistem industri IoT untuk menggalakkan perkembangan, penyebaran dan penggunaan teknologi IoT di Sabah, serta mengukuhkan kedudukan negeri itu sebagai satu pusat kecemerlangan IoT untuk menjana pertumbuhan ekonomi.

Beliau percaya penubuhan Sandbox Digital IoT juga dapat menarik pakar-pakar dalam pelbagai bidang untuk berkumpul dan menggembeleng tenaga dan seterusnya melahirkan idea serta mencetuskan ilham untuk pembangunan negeri dalam pelbagai sektor yang berkaitan.

“Pewujudan Sandbox ini akan menjadi satu platform kepada belia bagi menguji produk/teknologi baharu yang dapat memacu ekonomi negeri, meningkatkan produktiviti sektor awam dan swasta serta secara langsung menggalakkan pembudayaan sains, teknologi dan inovasi,” katanya.

Beliau berkata, antara impak awal yang disasarkan melalui Sandbox Digital IoT ini adalah pembangunan 20 proof-of-concept melalui pelaksanaan 50 program pembangunan kapasiti yang melibatkan masyarakat setempat.

Pada majlis itu MOSTI menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah dan MRANTI bagi bagi sokongan pengkomersialan kepada pengamal teknologi tempatan.

Kata Dr Adham, dengan kerjasama antara pihak kerajaan dengan institusi-institusi penyelidikan, serta gandingan kerajaan negeri dan kerajaan pusat, saya yakin kita boleh melonjakkan industri IoT dan menjayakan usahausaha pendigitalan di negeri Sabah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan