33.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023

Pos dan Menang di kaunter KPLB sempena Jelajah AKM di JB

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ORANG ramai dialu-alukan untuk memeriahkan lagi Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) yang akan berlangsung esok hingga 5 Mac ini di Angsana Mall, Johor Bahru.

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dalam satu kenyataan berkata, kaunter helpdesk perkhidmatan KPLB dan agensi turut dibuka dengan menawarkan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung yang hadir.

“Ayuh Orang Negeri Johor, jom saing ke Booth KPLB di Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia yang akan berlangsung esok hingga 5 Mac ini di Angsana Mall, Johor Bahru.

“Sertai pertandingan Post dan Menang dan menangi hadiah wang tunai sebanyak RM500 tau,” kongsinya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, individu yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengisian dan aktiviti dengan melayari media sosial rasmi KPLB.

Untuk rekod, Johor menjadi destinasi pertama Jelajah AKM di peringkat negeri.

Baca juga:   30 penerima Biasiswa Perguruan KPM berlepas ke Australia

Program AKM yang diadakan pada 9 hingga 12 Disember tahun lalu itu berjaya menarik kehadiran lebih 100,000 individu berbanding sasaran awal 20,000 individu.

Pengunjung boleh melihat dan menilai sendiri pencapaian kerajaan negeri dan pelbagai agensi di negeri itu melalui program berkenaan.

Bahkan, pelbagai pameran dan perkhidmatan Kerajaan disediakan terus kepada rakyat sempena program berkenaan.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Ahli Dewan Rakyat wajib periksa kesihatan setahun sekali – TPM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu antara yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Agenda...

Lagi Artikel Berkaitan