31.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Dividen KWSP tertinggi di sebalik tuntutan Ahli-ahli Parlimen

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen sebanyak 6.10 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.65 peratus untuk Simpanan Syariah bagi tahun 2021.

Pengumuman berkenaan nyata lebih tinggi berbanding 2020, yang mana dividen bagi Simpanan Konvensional sebanyak 5.20 peratus dan 4.90 peratus untuk Simpanan Syariah.

Jumlah pengagihan terkumpul bagi 2021 adalah RM56.72 bilion, iaitu RM50.45 bilion untuk Simpanan Konvensional dan RM6.27 bilion lagi untuk Simpanan Syariah

Dividen itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada taklimat prestasi kewangan KWSP, hari ini.

Ironinya, Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-14 yang membuka tirainya kelmarin oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diwarnai dengan isu tuntutan pengeluaran i-Ceria oleh beberapa Ahli Parlimen.

Isu itu diketengahkan oleh Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol), dengan menegaskan pengeluaran itu perlu diberikan kepada pihak yang memerlukan, bergantung jumlah simpanan masing-masing bagi mendepani situasi pasca Covid-19.

Menurut beliau, terdapat keperluan mendesak dalam kalangan rakyat untuk menggunakan sebahagian wang persaraan mereka bagi meneruskan kelangsungan hidup.

“Ditambah pula, musibah banjir baru-baru ini, sudah tentunya merencatkan perjalanan mereka yang baru sahaja memulakan fasa kehidupan baharu. Keadaan mereka ini sudah tentunya semakin parah, bagaikan ‘sudah jatuh ditimpa tangga’.

“Sebagai kerajaan yang sentiasa memahami denyut nadi rakyat dan sentiasa mendengar setiap keluhan isi hati rakyat. Saya merayu bagi pihak mereka supaya kemudahan i-Ceria dapat diluluskan, agar senyuman dapat terukir kembali pada wajah ‘Keluarga Malaysia’.

Baca juga:   Tanpa menteri UMNO, Kabinet PN sukar berfungsi
Baca juga:   Pernahkah saya hasut rakyat tolak kerajaan PN? - Najib

“Memandangkan jaminan sambutan Aidilfitri tahun ini juga diberikan Bera (Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob), maka kemudahan i-Ceria ini bakal memberi makna tersendiri buat ‘Keluarga Malaysia’,” katanya.

Tuntutan pengeluaran i-Ceria itu menerima sokongan wakil kerajaan dan pembangkang, antaranya Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit), Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin), Datuk Dr Xavier Jayakumar (Bebas-Kuala Langat) dan M Karupaiya (PH-Padang Serai).

Sementara itu, Ahmad Fadhli Shaari (Pas-Pasir Mas) yang menyokong tuntutan pengeluaran RM10,000 simpanan KWSP menjelaskan pihaknya menerima beberapa memorandum pelbagai pihak, agar ia dibenarkan.

“Saya menyokong apa yang disebutkan Jempol (Salim) sebentar tadi bahawa inilah talian hayat terakhir rakyat dan minta kerajaan dapat mempertimbangkan.

“Kita faham KWSP ini simpanan hari tua. Kita bercakap tentang hari tua, tetapi rakyat bercakap tentang hari ini… apa yang mereka hendak makan,” katanya.

Hari ini, isu pengeluaran wang KWSP itu sekali lagi dibahaskan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak (BN – Pekan) yang meminta Kementerian Kewangan untuk meluluskan pengeluaran i-Citra sebanyak RM10,000 secara ‘one-off’ di Dewan Rakyat.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Kementerian Kewangan perlu meluluskan pengeluaran tersebut buat kali terakhir kerana ketika ini rakyat sangat memerlukan wang.

“Saya harap ini kali terakhir Kementerian Kewangan meluluskan pengeluaran tersebut. Dulu ada yang cakap cadangan saya ini ibarat meminang Puteri Gunung Ledang.

Baca juga:   Sultan Selangor tarik balik darjah kebesaran Najib, Rosmah

“Tetapi sekarang syukur kerana Ahli Parlimen yang bercakap begitu sebelum ini turut menyokong saya, sekali lagi Barisan Nasional (BN) minta diluluskan pengeluaran tersebut,” katanya.

Bagaimanapun, Amir Hamzah hari ini menegaskan KWSP buat masa ini tidak bercadang untuk membenarkan lagi pengeluaran oleh ahlinya selepas tiga skim yang diperkenalkan sebelum ini.

Baca juga:   Dividen KWSP perlu dibersihkan sebanyak 73 peratus

Menurut beliau, tumpuan pengurus dana persaraan itu kini adalah membina semula simpanan hari tua ahli dan itu adalah mandat yang diterimanya.

Ujar beliau lagi, tiga skim yang diperkenalkan sebelum ini iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra dilaksanakan tepat pada masanya dalam membantu ahli berdepan cabaran dicetuskan pandemik Covid-19.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Tiga terbunuh, nahas kereta bertembung di Pontian

TIGA terbunuh dalam nahas di Kilometer 5.7 Jalan Parit Semerah – Parit Kudus, di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Parit...

Lagi Artikel Berkaitan