32.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 1, 2022

15,215 kes baharu COVID-19, 64 kematian

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 15,215 kes positif baharu COVID-19 semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini mencecah 4,167,418.

Berdasarkan data yang dikeluarkan COVIDNOW, sehingga tengah malam tadi, sebanyak 236,023 kes positif aktif dilaporkan dengan 230,081 individu menjalani isolasi di rumah masing-masing

Sementara, seramai 4,843 pesakit dirawat di hospital, manakala 817 pesakit lagi menjalani rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Negara juga mencatatkan 64 kematian akibat COVID-19 semalam, dengan Perak merekodkan mangsa terbanyak iaitu seramai 20 pesakit termasuk dua kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Sebanyak 14 daripada keseluruhan kes kematian yang dilaporkan semalam adalah kes BID.

Selain Perak, kes kematian akibat COVID-19 turut dilaporkan di Kedah dengan lapan kematian termasuk dua kes BID.

Lain-lain, Selangor (tujuh); Pulau Pinang (enam termasuk satu kes BID); Johor (lima kes termasuk dua kes BID); masing-masing empat kes di Negeri Sembilan (satu kes BID) dan Sarawak (dua kes BID).

Baca juga:   172 kes kritikal, separa kritikal daripada 27,179 kes harian

Manakala, Kelantan (tiga kes BID); masing-masing dua kes di Melaka, Pahang dan Sabah (satu kes BID) dan satu kematian di Terengganu.-Edisi 9

Terkini

Gred guru besar, penolong kanan ditingkatkan sehingga DG54

GRED guru besar dan guru penolong kanan di sekolah rendah ditingkatkan sehingga ke gred maksimum DG54 yang akan memberi...

Lagi Artikel Berkaitan