28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Tak perlu emosi, ekstrem buat kenyataan kempen PRN Johor

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PARTI yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dinasihatkan untuk tidak perlu membuat kenyataan terlalu beremosi dan ekstrem.

Malah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, mereka juga disarankan untuk tidak memburuk-burukkan antara satu sama lain.

“Sebenarnya tiap parti politik bertanding, masing-masing ada strategi, masing-masing ada proses kenyataan media nak dikeluarkan. Ada sesetengah daripada mereka terlampau emosional, ada yang terlampau emosi, ada yang terlampau optimistik nak bertanding.

“Jadi nasihat saya pertamanya tak payah lah terlampau ekstrem mengeluarkan kenyataan yang terlampau… zaman sekarang ni proses peradaban bangsa dah tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan majlis Pekebun Kecil Makmur Peringkat Risda Negeri Johor di Labis, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Risda, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif; Ketua Pengarah Risda, Datuk Abdullah Zainal dan Ketua UMNO Bahagian Labis, Datuk Azahar Ibrahim.

Jelas Mahdzir, parti yang bertanding juga perlu bijak menggunakan ruang yang ada terutama menerusi medium media massa dan media sosial.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar menambah, jentera-jentera parti juga boleh mendapatkan kepercayaan pengundi tanpa perlu menghina atau menabur fitnah terhadap pihak lawan.

Ini kerana ujarnya, kenyataan mahupun tindakan yang terlalu beremosi hanya merugikan parti kerana rakyat hari ini semakin bijak membuat pilihan.

“Proses pendidikan yang di bina oleh BN 60 tahun, semua dah dapat masuk universiti, dah ada pendidikan, jadi dalam ruang lingkup masyarakat ni, middle class, upper class dah ramai, civil society dah banyak, jadi tak payah bermaki hamun dalam media, cakap ja benda apa kita nak buat. Bagilah rakyat buat pilihan.

Sementara itu, ditanya mengenai pengagihan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) antara parti komponen Barisan Nasional (BN), jelasnya perkara itu sudah di peringkat akhir.

Katanya, UMNO dan BN akan menggunakan kaedah dan ramuan berbeza pada PRN Johor berbanding penglibatan pada PRN Melaka November lalu.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan