28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

12,000 peluang pekerjaan ditawarkan dalam Jamin Kerja 2022

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 12,000 peluang pekerjaan ditawarkan menerusi Karnival Kerjaya Jamin Kerja 2022 anjuran Kementerian Kewangan (MOF) dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, bermula esok.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, karnival yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri itu akan membariskan lebih 50 majikan dengan lebih 12,000 peluang pekerjaan ditawarkan.

Menurut beliau, pelbagai aktiviti disediakan termasuk kaunseling kerjaya, sesi temu duga bersama majikan, bantuan pendaftaran Portal Pekerjaan Nasional, MYFutureJobs dan sebagainya.

“Jamin Kerja terdiri daripada tiga komponen utama iaitu Insentif Penggajian Jamin Kerja, MySTEP serta Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran.

“Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (Jamin Kerja) diumumkan pada Bajet 2022 menyediakan peruntukan sebanyak RM4.8 bilion dengan 600,000 peluang pekerjaan ditawarkan,” katanya menerusi Laporan Kewangan Rakyat, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, bagi Insentif Penggajian Jamin Kerja, permohonan insentif telah dibuka mulai 17 Januari lalu dan akan tamat pada 30 Jun depan.

Menurut beliau, permohonan boleh dibuat melalui laman web Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) iaitu https://www.myfuturejobs.gov.my/careerfair.

“Selain itu, Program MySTEP akan dilanjutkan pada tahun ini dengan 80,000 peluang pekerjaan disasarkan.

“Ini adalah program pekerjaan jangka pendek secara kontrak di sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran pencari kerja.

“Kerajaan turut menyasarkan 220,000 pelatih menjalani pelbagai program latihan serta peningkatan kemahiran dan sebanyak 5,000 kursus akan ditawarkan oleh pelbagai kementerian juga agensi kerajaan,” katanya.

Ujar beliau lagi, MOF dan KSM juga telah diberi tanggungjawab menyediakan single window bagi memastikan program latihan dan peningkatan kemahiran yang dijalankan pelbagai kementerian juga agensi dilaksanakan dengan efektif dan optimum.

“Antara inisiatif yang akan dilaksanakan termasuklah program place and train (latihan dan jaminan pekerjaan).

Permohonan boleh dibuat melalui laman web single window Upskill Malaysia yang dibangunkan oleh HRD Corp di pautan https://upskillmalaysia.gov.my.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan