29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Agong imbau kembali detik nostalgia Taman Tasik Perdana

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat melawat Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur, petang tadi.

Istana Negara dalam satu hantaran di Facebook berkongsikan dalam lawatan selama dua jam tersebut, Seri Paduka Baginda berdua berkenan meluangkan masa beriadah bersama cucunda, Tengku Zayn Edin Shah Tengku Abu Bakar Ahmad.

“Lawatan ke Taman Tasik Perdana ini juga amat bermakna buat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana ianya mengimbau kembali detik nostalgia kepada Baginda.

“Ini adalah kerana kali terakhir Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berangkat melawat Taman Tasik Perdana ialah ketika Baginda berusia 11 tahun, iaitu pada tahun 1970,” kongsi kenyataan berkenaan hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua Taman Tasik Perdana pada jam 5 petang tadi turut disambut Datuk Bandar Kuala Kumpur, Datuk Seri Haji Mahadi Che Ngah.

Advertisements

“Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama pengunjung-pengunjung di Taman Tasik Perdana.

Perkongsian berkenaan mengundang pelbagai reaksi dari warganet apabila rata-ratanya memuji tindakan Seri Paduka Baginda berdua berkenan melawat tempat-tempat awam.

Malah, tidak kurang juga ada warganet yang berharap agar dapat bersua muka dengan Seri Paduka Baginda berdua di tempat awam.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan