25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Sekolahku Sejahtera: 14 elemen lahir generasi muda hebat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KONSEP Sekolahku Sejahtera yang dimulakan pada sesi persekolahan akan datang, bermatlamat melahirkan generasi muda yang hebat sekali gus mampu bersaing di peringkat dunia.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, matlamat tersebut boleh dicapai melalui penjiwaan terhadap 14 elemen penting yang terkandung di bawah konsep baharu berkenaan.

“Konsep Sekolahku Sejahtera ini beri tumpuan kepada 14 elemen, namun bukan bermakna nilai lain tidak penting. Pendekatan konsep ini adalah untuk memastikan anak-anak yang lahir daripada sistem pendidikan negara dapat berdaya saing.

“Selain itu, kita jelaskan bahawa ini bukan satu mata pelajaran baharu atau sisipan mata pelajaran sedia ada, malah konsep ini tidak akan menambah beban guru,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Sekolahku Sejahtera di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya hari ini.

Kesemua 14 elemen tersebut ialah selamat, seronok, sihat, etika, empati, jati diri, adab sopan, harmoni, tekun, teliti, terampil, eksplorasi, rasional dan artikulasi.

Advertisements

Ujar Radzi lagi, pendekatan yang boleh digunakan oleh guru adalah dengan menerapkan konsep tersebut melalui pelbagai aktiviti selain sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.

Menurutnya, guru menerapkan konsep berkenaan secara semula jadi.

“Contohnya sekiranya mengajar mata pelajaran Sejarah, mereka mengajar topik serta turut berkait rapat 14 elemen tersebut.

“Apa yang penting anak-anak menjiwai konsep ini dan kita yakin kalau mereka betul-betul menjiwainya, ia mampu melahirkan generasi hebat dan mampu bersaing di peringkat dunia,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan