26 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

KSM terima 111,807 permohonan pekerja warga asing

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Sumber Manusia (KSM) menerima 111,807 permohonan penggajian pekerja asing hingga semalam sejak mula dibuka pada 15 Februari lalu.

Menterinya Datuk Seri M. Saravanan berkata, daripada jumlah itu, 77,848 permohonan membabitkan penggajian pekerja dalam sektor perkilangan, diikuti sektor perladangan dengan 13,119 permohonan, perkhidmatan (10,611), pembinaan (8,530) dan pertanian (1,699).

Menurut beliau, pada peringkat awal permohonan berkenaan dibuka terdapat majikan yang menghadapi kesukaran untuk memohon secara dalam talian.

“Ini kerana jumlah permohonan yang tinggi memandangkan permohonan untuk pekerja warga asing telah dihentikan buat sementara sejak Mac 2020 susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu Saravanan berkata, majikan juga dibenarkan menggunakan khidmat Agensi Pekerjaan Swasta (APS) untuk mengemukakan permohonan pekerja asing meskipun sebelum ini diumumkan permohonan pekerja secara dalam talian perlu diisi oleh majikan kecuali permohonan untuk pembantu rumah asing (PRA).

“Semasa sesi pertemuan dengan pihak majikan dan persatuan baru-baru ini, saya telah dimaklumkan mengenai masalah dihadapi oleh majikan semasa membuat permohonan dan mereka telah menggunakan khidmat APS bagi tujuan tersebut.

Advertisements

“Sehubungan itu, APS boleh membuat permohonan bagi pihak majikan dengan syarat bahawa permohonan tersebut dikemukakan dengan pengetahuan dan kebenaran majikan,” katanya.

Pada 10 Disember lalu, Saravanan mendedahkan negara berdepan masalah kekurangan pekerja yang kritikal membabitkan lima sektor 3D (kotor, bahaya, sukar) iaitu perladangan, pembuatan, pembangunan, pertanian dan perkhidmatan kerana tidak mendapat sambutan rakyat tempatan.

Kerajaan sebelum ini memaklumkan bahawa semua kemasukan pekerja asing perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kemasukan pekerja asing yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19 pada 14 Disember 2021.

SOP tersebut merangkumi empat fasa iaitu prapelepasan, semasa ketibaan, selepas ketibaan iaitu tempoh kuarantin dan pascakuarantin.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan