29 C
Kuala Lumpur
Monday, November 28, 2022

PN minta SPR timbang semula SOP berkempen

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempertimbangkan semula prosedur operasi standard (SOP) berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Permintaan itu dibuat Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika diminta mengulas berhubung SOP yang ditetapkan SPR bagi pilihan raya negeri itu.

Presiden Bersatu itu berkata, meskipun terdapat beberapa kelonggaran terhadap ketetapan SOP itu, ia dilihat agak ketat dan kurang praktikal.

“Agak ketat juga kerana hanya boleh berceramah di satu tempat (seperti) bilik gerakan, jadi takkan seluruh rakyat Johor nak datang situ. Contoh, di DUN (Dewan Undangan Negeri) Bukit Permai dan di (kampung) Felda ini sendiri jauh.

“Tidak praktikal bagi saya sedangkan majlis-majlis sosial dibenarkan, kenduri kahwin boleh, jadi apa bezanya… Kalau satu kawasan ada 30,000 pengundi macam mana nak berhubung dengan pengundi,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas program Ramah Mesra Warga Felda di Felda Taib Andak, Kulai hari ini yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Abdul Latiff Ahmad.

Baca juga:   Katil wad ICU Covid-19 di Putrajaya sudah penuh

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata ketetapan SOP itu dilihat memberi sedikit kelonggaran tetapi ia tidak memadai memandangkan tempoh berkempen tidak begitu lama.

Sementara itu, beliau berpendirian bahawa Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) belum mempunyai perjuangan yang boleh diukur oleh rakyat.

Muhyiddin berkata, parti berkenaan dilihat tidak berstruktur namun beliau menghormati hak serta keputusan Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sistem demokrasi negara termasuk keterlibatan MUDA pada PRN Johor.

Baca juga:   Kedai makan, restoran boleh buka hingga 10 malam

“Dia (Syed Saddiq) berani untuk tawar beberapa muka (calon) baharu (untuk bertanding PRN Johor), maka terserah kepada pengundi,” katanya ketika diminta memberi reaksi berkenaan keputusan MUDA meletakkan calon di medan tempur PN.

Isnin lepas, Syed Saddiq dilaporkan berkata MUDA akan bertanding di kerusi yang sebelum ini dimenangi Barisan Nasional dan Bersatu serta langkah tersebut bagi mengelak berlaku pertembungan kerusi antara parti-parti dalam Pakatan Harapan.

SPR menetapkan 12 Mac depan sebagai hari pengundian, penamaan calon pada Sabtu ini manakala pengundian awal pada 8 Mac.

Menurut SOP dikeluarkan SPR sebelum ini, penganjuran ceramah, syarahan dan kempen secara fizikal dan ziarah rumah ke rumah dibenarkan sepanjang 14 hari tempoh berkempen PRN Johor.

Ceramah dan kempen hanya dibenarkan di pejabat parti dan bilik gerakan parti yang rasmi dengan kehadiran tidak melebihi 100 orang manakala bagi kempen ziarah rumah ke rumah, penyertaan tidak melebihi lima orang. -Bernama

Baca juga:   Malas keluar mengundi punca peratusan undi rendah

Wartawan

Terkini

Remaja lelaki maut kemalangan, tercampak dari jambatan

SEORANG remaja lelaki maut selepas tercampak dari sebuah jambatan setelah motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan...

Lagi Artikel Berkaitan