27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

PICKids: Satu kes serius dilaporkan, 57 kes kesan ringan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SATU kes kesan advers susulan imunisasi (AEFI) yang serius membabitkan kanak-kanak yang menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) dilaporkan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, kes berkenaan melibatkan seorang kanak-kanak perempuan dari Kedah berusia 10 tahun.

Menurutnya, kanak-kanak itu mempunyai sejarah penyakit asma dan mendapat kesan teruk selepas divaksin dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar namun dilaporkan sudah sembuh.

Katanya, sehingga kini seramai 564,220 kanak-kanak telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 menerusi PICKids sejak dilancarkan pada 3 Februari lepas.

Daripada jumlah itu, beliau berkata, sebanyak 57 kes dilaporkan di seluruh negara namun hanya melibatkan kesan ringan dan tidak serius.

“Antara kesan yang dirasai ialah demam, sakit otot, lenguh di tempat suntikan namun tidak serius dan sering berlaku,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke pusat pemberian vaksin kanak-kanak di Sekolah Kebangsaan (SK) Saujana Indah di Nibong Tebal, Pulau Pinang hari ini,lapor Astro Awani.

Jelas Nor Azmi, pihak KKM sentiasa melakukan pemantauan dan menasihatkan golongan ibu bapa agar tidak membenarkan anak- anak mereka melakukan aktiviti lasak selepas menerima suntikan vaksin.

Advertisements

Nor Azmi berkata, sejumlah 278,000 kanak-kanak dijangkiti COVID-19 dengan 63 kematian direkodkan sejak Julai hingga Disember tahun lepas.

Justeru, demi keselamatan, beliau berharap ibu bapa akan segera mendaftarkan anak -anak mereka untuk menerima vaksin COVID-19.

“Pelbagai langkah telah diambil termasuk mengadakan program penerangan kepada ibu bapa susulan kebimbangan mereka berhubung suntikan vaksin kanak-kanak.

“Antara usaha diambil KKM, kata Dr Noor Azmi ialah, menjemput pakar kesihatan kanak-kanak untuk memberi penerangan seperti di stesen-stesen televisyen dan media sosial selain di peringkat negeri.

“Tidak ketinggalan, program libat urus dengan penglibatan Jabatan-Jabatan Agama Islam, Tadika Kemas untuk menyampaikan mesej kesedaran kepada golongan ibu bapa bagi agar mendapat kefahaman yang jelas.

“Sehubungan itu, kita harap ibu bapa akan memberi kebenaran (kepada anak-anak) untuk mengambil suntikan vaksin,” katanya.

Menurutnya, setakat ini Sarawak merekodkan jumlah tertinggi kanak-kanak menerima suntikan itu dengan diikuti Lembah Klang, Melaka, Pulau Pinang manakala tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Sabah merekodkan peratusan terendah iaitu di bawah 10 peratus.

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan