30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Bintara Kanan Maritim didakwa atas 80 tuduhan terima suapan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG penjawat awam didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang hari ini atas 80 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM21,750 dari 2017 hingga 2019.

Memetik laporan Bernama, Azmawi Zakaria, 47, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan itu selepas dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut semua pertuduhan, tertuduh yang ketika itu merupakan Bintara Kanan Maritim di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kuala Kedah, telah menerima suatu benda yang berharga iaitu wang berjumlah RM21,750 daripada seorang individu.

Semua perbuatan itu didakwa dilakukan di Maybank cawangan Wisma Jelutong George Town, antara 16 Nov 2017 hingga 30 Mei 2019 dan Azmawi mengetahui individu itu mempunyai hubungan rasmi dengan jawatannya.

Pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Advertisements

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah Mohamad Fauzee Azizan mencadangkan ikat jamin RM30,000 bagi semua pertuduhan dan memohon kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar dengan satu kes tertuduh lain yang sedang berjalan di mahkamah itu kerana melibatkan saksi pendakwaan yang sama.

Peguam P Taneswaran dan Yuvanes Taruman yang mewakili tertuduh memohon ikat jamin RM10,000 atas alasan tertuduh memberi kerjasama yang baik dan isteri tertuduh hadir ke mahkamah untuk menjadi penjamin.

Mahkamah menetapkan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri sebulan sekali di pejabat SPRM berdekatan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Hakim turut membenarkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar dan menetapkan tarikh sebutan semula pada 24 Feb ini.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan