24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

EAIC tak dapat menentusahkan kewujudan kartel dalam PDRM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) tidak dapat menentusahkan kewujudan kartel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagaimana yang didakwa oleh bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Hamid Bador.

Pengerusi EAIC, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, dapatan siasatan dan keputusan EAIC telah dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN).

“Berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi beserta dokumen yang diperoleh EAIC tidak dapat menentusahkan kewujudan kartel dalam PDRM sebagaimana yang didakwa oleh Tan Sri
Abdul Hamid Bador.

“Siasatan AIC mendapati wujud asas bahawa terdapat pegawai PDRM yang terlibat dalam kegiatan sindiket jenayah yang mana siasatan telah dijalankan oleh SPRM dan PDRM ke atas pegawai-pegawai tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Walau bagaimanapun, Sidek berkata, dakwaan Abdul Hamid bahawa pegawai-pegawai tersebut
dapat mencaturkan perjawatan dalam PDRM untuk menguasai pasukan demi kepentingan peribadi tidak dapat ditentusahkan.

Advertisements

Hal ini kerana menurut beliau, keterangan yang diperoleh EAIC menunjukkan mekanisme pelantikan atau kenaikan pangkat atau pertukaran yang diamalkan oleh PDRM dan SPP melibatkan proses yang teliti dan mempunyai beberapa peringkat lapisan yang sukar
ditembusi dan dicampur tangan oleh pihak luar.

Menurut beliau, KPN merupakan ahli tetap dalam SPP dan sebarang cadangan pelantikan atau kenaikan pangkat atau pertukaran pegawai
kanan PDRM kepada SPP perlu mendapat persetujuan daripada KPN.

“Malah, kedudukan Abdul Hamid selaku KPN tidak dapat digugat kerana pelantikan KPN adalah berdasarkan kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong dan atas nasihat Perdana Menteri,” katanya.

Untuk rekod, pendedahan mengenai wujudnya gerakan daripada sekumpulan pegawai PDRM yang mahu menjatuhkan Abdul Hamid serta bersekongkol dengan pihak luar sehingga mewujudkan kartel untuk mendominasi PDRM demi kepentingan mereka dibuat beliau pada 18 dan 22 Mac tahun lalu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan