32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pertambahan calon wanita BN bukti keyakinan parti – Noraini

Mesti Baca

KEPUTUSAN Barisan Nasional (BN) meletakkan sekurang-kurangnya 10 calon wanita dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor membuktikan keyakinan parti itu terhadap kemampuan golongan itu untuk menyumbang kemenangan.

Penerusi Wanita BN, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, keputusan itu juga secara tidak langsung menunjukkan kepimpinan parti mengiktiraf peranan wanita yang sememangnya berkemampuan serta layak untuk menjadi wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO berkata, pencalonan lebih ramai wanita bagi mewakili BN itu juga memberi peluang lebih tinggi untuk melihat lebih ramai kalangan wanita diangkat menjadi Exco Kerajaan Negeri sekiranya BN diberi mandat untuk menerajui kerajaan Johor.

“Ini bermakna, ruang yang luas juga dibuka untuk membolehkan pelbagai isu wanita diketengahkan di platform yang lebih tinggi dalam sistem kerajaan negeri sama ada menerusi DUN mahupun Mesyuarat Jawatankuasa Kerajaan Negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas pengumuman calon BN bagi PRN Johor yang dibuat Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Johor Bahru hari ini.

Dalam PRN Johor kali ini seramai 10 wakil wanita dicalon oleh BN, tidak termasuk wakil MCA yang sehingga kini belum diumumkan.

Jumlah itu meningkat berbanding hanya enam calon yang dikemukakan oleh BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

10 calon wanita yang akan mewakili BN setakat ini ialah Saraswathi (Kemelah – MCA), Haslinda Salleh (Tenang), Khairin Nisa Ismail (Serom), Nur Fara Samsudin (Maharani), Nor Rashidah Ramli (Parit Raja – Penyandang).

Advertisements

Turut dicalonkan ialah Datuk Sharifah Azizah Syed Zain (Mahkota), Rashidah Ismail (Pasir Raja – Penyandang), Norliza Noh (Johor Lama), Fauziah Misri (Penawar) dan Hasrunizah Hassan di Pulai Sebatang.

“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pucuk pimpinan kerana pengiktirafan demi pengiktirafan yang diberika kepada wanita ketika ini.

“Sudah semestinya, ini menunjukkan kepimpinan parti mengiktiraf hasil kerja Wanita UMNO dan BN yang sentiasa bekerja keras siang dan malam bagi memastikan parti ini kembali mendapat kepercayaan rakyat,” katanya.

Noraini berkata, beliau bersama Wanita UMNO dan BN sedia memberikan komitmen bagi memastikan setiap calon mereka menyumbang kepada kemenangan parti dalam PRN Johor kali ini.

Sehubungan itu, beliau berharap para pengundi di negeri Johor dapat membuat pilihan yang tepat kali ini kerana fakta telah membuktikan bahawa hanya BN yang dapat mentadbir Johor dengan baik.

“Komitmen kami adalah untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan Johor seperti sebelum ini.

“Undilah dengan bijak kerana undi ada menentukan masa depan negeri yang kita cintai ini. Maka undilah untuk Kestabilan Demi Masa Depan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan