26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Mungkin calon MB daripada Bersatu – Muhyiddin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CALON Menteri Besar (MB) bagi Perikatan Nasional (PN) kemungkinan besar adalah daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kata Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddn Yassin.

Bagaimanapun, jelas Presiden Bersatu itu, keputusan akan boleh dicapai jika ia dipersetujui oleh parti komponen tersebut.

Muhyiddin berkata, pihaknya telah mengenal pasti calon yang layak untuk mengisi jawatan tersebut, sekiranya PN diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

“Pengumuman terperinci berhubung perkara itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat selepas proses penamaan calon selesai.

“lnsya-Allah jika ia dipersetujui oleh semua kepimpinan parti, besar kemungkinan… besar kemungkinan daripada Bersatu.

“Calon Menteri Besar sudah ada. Ya, itu kita akan umumkan. Saya rasa di peringkat sekarang ini, pertama nak umum, dia belum dicalonkan lagi.

Advertisements

“Jadi selepas selesai (penamaan calon), dalam waktu masa yang sesuai (kita akan umumkan),” katanya dalam sidang media selepas memperkenalkan 56 calon PN bagi PRN Johor, lapor Astro AWANI.

Dalam masa yang sama, Muhyiddin berkata seramai 19 calon di bawah umur 40 tahun dikemukakan oleh PN dalam PRN kali ini, dengan sekurang-kurangnya 15 daripada 56 calon adalah penyandang sebelum ini.

Katanya lagi, calon paling muda adalah berusia antara 31 dan 35 tahun.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh menambah, PN yang terdiri daripada Bersatu, Pas dan Gerakan juga dijangka mengumumkan manifesto pada awal minggu depan.

Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan Bersatu akan bertanding di 33 kerusi DUN pada PRN Johor, Pas (15), manakala Gerakan (lapan).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac ini sebagai hari pengundian, manakala penamaan calon ditetapkan pada 26 Februari.

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan