31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Kuota haji: Malaysia tunggu keputusan Arab Saudi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA masih lagi menunggu keputusan Arab Saudi mengenai kuota jemaah haji yang dibenarkan menunaikan ibadah itu pada tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, Menteri Haji Arab Saudi belum mengadakan mesyuarat lanjut bagi memutuskan perkara itu.

“Menteri Haji Arab Saudi masih belum memanggil Menteri Agama dan selepas Arab Saudi putuskan baharu kita akan maklumkan.

“Bantuan kewangan haji juga akan diteruskan namun kosnya bergantung kepada prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Arab Saudi kerana pasti ada kenaikan kos,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Perdana di Menara Tabung Haji (TH), hari ini, lapor BH Online.

Turut hadir, Pengerusi TH, Tan Sri Azman Mokhtar serta Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Amrin Awaluddin.

Dalam majlis itu sebanyak 25 van serba guna bernilai RM2.3 juta diserahkan kepada rumah kebajikan dan persatuan seluruh negara menerusi Program Mobiliti.

Sebelum ini, Malaysia mendapat kuota 30,000 jemaah haji setiap tahun dari kerajaan Arab Saudi.

Bagi musim Haji 1442 hijrah/2021, Arab Saudi mengehadkan ibadah haji kepada rakyatnya dan golongan ekspatriat yang berada di negara itu ekoran pandemik COVID-19.

Dalam majlis sama, Idris berkata, sistem penggiliran jemaah haji akan dikekalkan dengan memberi keutamaan kepada jemaah 2020 dan 2021 yang tidak dapat menunaikan Rukun Islam kelima itu.

Idris berkata, agihan keuntungan TH tahunan akan diumumkan dalam masa terdekat selepas mendapat kelulusan daripada kerajaan.

Beliau juga memberi jaminan kadar agihan keuntungan itu kekal kompetitif kepada pendeposit di sebalik suasana ekonomi yang mencabar.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan