27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

KPLB sasar capai 90 pelaksanaan program sebagai KPI tahun ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) meletakkan sasaran untuk mencapai 90 pelaksanaan program sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tahun ini, yang berteraskan Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) 2030.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, program-program yang telah dipilih sebagai KPI bagi tahun 2022 ini, sebahagiannya adalah program baharu dan ada juga program yang sememangnya telahpun kita laksanakan pada tahun-tahun sebelum ini.

“Walaupun program tersebut telah dilaksanakan, tetapi fokus kita pada tahun 2022 ini adalah kepada outcome dan impak kepada masyarakat luar bandar dan Orang Asli,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penetapan sasaran KPI itu dicapai menerusi satu resolusi khas hasil Mesyuarat Hala Tuju Strategik Kementerian Pembangunan Luar Bandar Tahun 2022 yang berlangsung pada 9-11 Februari lalu di Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Jelas Mahdzir, 90 program KPI yang dipilih adalah mewakili lapan teras utama DPLB.

Ia merangkumi teras Modal Insan, Keusahawanan, Ekonomi, Prasarana, Sistem Penyampaian, Perumahan dan Pembangunan Wilayah serta teras Belia dan Wanita.

Dengan pencapaian KPI itu, kata beliau, ia bakal memberi manfaat kepada 950,000 masyarakat di luar bandar dan Orang Asli di seluruh negara.

“Kita kini berada dalam era kepantasan media sosial di mana segala masalah rakyat disebarkan menerusinya dan memerlukan tindakan segera daripada Kementerian.

“Justeru KPLB perlu mempunyai dimensi baharu dan merancang pelaksanaan kaedah baharu bagi merealisasikan proses tersebut supaya rakyat dapat menerima manfaat yang dijanjikan oleh kerajaan,”katanya.

KPLB juga jelas Mahdzir, akan memberi penekanan kepada mencari kaedah penyelesaian untuk menyegerakan pelaksanaan projek luar bandar mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Selain memberi fokus kepada pengukuhan kerjasama strategik dengan pihak berkepentingan agar segala sumber dan tenaga dapat dioptimumkan untuk mempercepatkan proses transformasi luar bandar.

Mesyuarat Hala Tuju Strategik KPLB turut bersetuju meletakkan batu asas pembentukan Kampung Sejahtera, satu inisiatif terbaharu kementerian itu untuk program transformasi kampung.

Katanya, bagi merealisasikan konsep Kampung Sejahtera ini, program-program di bawah semua sektor dan agensi KPLB perlu dilihat secara holistik.

“Saya amat yakin dan percaya dengan komitmen daripada seluruh keluarga besar KPLB, usaha kita membangunkan kawasan luar bandar di seluruh negara akan menjadi kenyataan yang akan memberi kemudahan kepada generasi masa hadapan,” kata Mahdzir.- Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan