29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Lelaki ditipu lebih RM5,000 angkara pinjaman tidak wujud

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERANA terdesak mahu membuat pinjaman wang, seorang lelaki berusia 45 tahun ‘berputih mata’ dan mengalami kerugian RM5,360 selepas ditipu dengan tawaran pinjaman wang tidak wujud yang menggunakan nama sebuah bank.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula pada 18 Februari lalu apabila mangsa melihat satu iklan tawaran pinjaman wang di media sosial Facebook.

“Selepas menekan pautan pada iklan terbabit, keesokkannya mangsa menerima mesej menerusi WhatsApp yang memperkenalkan diri sebagai wakil bank berkenaan dan akan menguruskan permohonan pinjaman terbabit.

“Selepas semakan dibuat, suspek memaklumkan mangsa layak untuk membuat pinjaman sebanyak RM10,000 selain meminta mangsa membuat perjanjian pinjaman selama tujuh tahun selepas mangsa bersetuju membuat pinjaman itu dengan bayaran sebanyak RM134.71 sebulan,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Kosmo.

Advertisements

Menurut Mohd. Wazir suspek kemudiannya meminta mangsa membuat beberapa pembayaran bagi mendapatkan pinjaman berkenaan seperti bayaran kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), yuran membuka akaun, bayaran mengaktifkan akaun serta bayaran bulanan selama lapan bulan.

Katanya, mangsa yang bersetuju dengan syarat yang ditetapkan telah membuat bayaran sebanyak RM5,360 menerusi empat kali transaksi ke dua akaun bank berbeza.

“Namun suspek masih meminta mangsa membuat bayaran lagi sebanyak RM2,000 menyebabkan mangsa mula berasa curiga dan telah merujuk perkara itu kepada bank berkenaan.

“Pihak bank telah menafikan perkara itu dan mangsa menyedari ditipu dan datang membuat laporan polis di balai polis Penjom di sini,” katanya.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan