27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

PICKids: 17.3 peratus populasi kanak-kanak terima vaksin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 615,671 individu atau 17.3 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 14,176,241 atau 60.3 peratus populasi dewasa di dalam negara pula telah menerima dos penggalak COVID-19.

Sementara, seramai 22,945,612 atau 97.5 peratus lengkap vaksinasi manakala 23,223,983 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,799,326 individu atau 90 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka.

Seramai 2,888,143 atau 92.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Berdasarkan data tersebut juga memaklumkan sebanyak 147,742 dos suntikan vaksin telah diberikan semalam.

Ia melibatkan 51,849 suntikan dos pertama, 613 suntikan dos lengkap dan 95,280 suntikan dos penggalak.

Secara keseluruhannya menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 66,441,964.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 43 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Sabah melaporkan 12 kes.

Diikuti Johor (sembilan), Selangor dan Negeri Sembilan (empat), tiga kes masing-masing di Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang, dua kes masing-masing di Melaka dan Perak manakala satu kes di Kuala Lumpur.-Bernama

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan